Terbace dlm blog seorg Ustaz (lupe name die) tapi bile bace mmg terase seram sejuk jugak la,
kite slalu pikir ala ngumpat skit je.. atau terngumpat(secara tidak sengaje).... atau tibe2 cam kene rasuk syaiton(ade dengung) so mengumpat... aku pun idok la baik sgt ade jugak la ngumpat2 ni biase la perempuan hehehehehe gosip2 gitu... tapi x kritikal sgt la smpi 1 ari x ngumpat x leh meroyan dibuatnye n mudah-mudahan x la smpi gitu ye... Insyaallah jadi byk2 la dengor lagu Maher Zain, leh menghindarkan diri dari melakukan sesuatu di luar batasan... ok aku terus ambk ni part2 yg menarik.... Firman Allah (S.W.T) & Sabda Rasuluallah, same2 la kite menghayatinye...
Hukuman Mengumpat
1) Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya:
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
2) Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
3) Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
4) Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
5) Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
ade satu peribahasa.....(bace ala2 dlm cite Nujum Pak Belalang) Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa!!!
No comments:
Post a Comment